Penjagaan wajah adalah aspek yang paling penting lebih2 lagi bila majlis perkahwinan semakin menghampiri. Anda sudah tentu mahu kelihatan cantik dan berseri di hari tersebut.
Ada pelbagai cara untuk menjaga dan memanja kan kulit anda. Mulakan dengan perkara yang asas bermula dengan cleansing, toning dan moisturizing. Gunakan product yang natural dan chemical free.
Untuk mendapatkan kesegaran pada kulit wajah dan megelakkan wajah menjadi kusam, rendam daun teh di dalam air panas kemudian biarkan ia seketika, ambil daunnya dan campurkan dengan air sejuk, cuci wajah anda dengan air campuran teh tadi.
Pengelupasan juga adalah sesuatu yang penting untuk menjaga kulit anda. Untuk itu anda memerlukan product scrub yang bagus dan sesuai untuk kulit agar ianya dapat menanggalkan sel-sel kulit mati pada wajah anda. Scrub with a moisturizing effect adalah yang paling sesuai untuk mengelakkan kulit anda terkopek atau cedera, maklum lah kulit wajah sangat sensitive.
Kalau anda lebih selesa dengan cara traditional, and boleh mencuba ini, blend kacang hijau hingga hancur, campurkan kacang hijau tadi dengan air perahan timun. Sapukan di wajah. Murah, selamat dan kulit anda akan menjadi licin.
Tapi ingat! Sekiranya kulit anda kering jangan kerap menggunakan scrub kerana ianya akan menambah kan kekeringan pada wajah anda.
Finally and gunalah mask.. Untuk Cara yang paling murah, guna kan putih telur dicampur dengan air timun, sapukan di wajah dan biarkan sehingga kering..Hasilnya kulit anda akan lebih bercahaya.
Mata juga adalah amat penting, anda sudah tentu tidak mahu mata anda bengkak, lesu dan hitam dikelilingnya, mudah saja.. hiris timun nipis2 dan tempek sahaja di mata anda, amalkannya selalu..pasti anda akan memiliki mata yg segar dan cantik.
Tea bags juga dapat membantu lebih2 lagi setelah seharian menatap computer, campur tea bags dgn sedikit air garam dan letak kan didalam fridge untuk seketika Selepas itu letak kan di kedua kelopak mata anda. Mata yang penat akan menjadi segar.
Jangan lupa minum air 10-12 glasses daily, ini untuk flush toxins out dari system kita dan menjadikan kulit kita terhidrat.
Dan yang paling penting sekali ialah mengamalkan diet yang seimbang.
Selamat mencuba!
Monday, 18 July 2011
Tips penjagaan wajah untuk bakal pengantin
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment