The other day ada client yang enquiry untuk majlis kahwin fairy
tale tema Cinderella, Saya sedikit teruja dan tak sabar untuk plan majlis
perkahwinan seperti ini, walaupun ianya bukan sesuatu yang baru, dan dah ramai
pasangan yang memilih tema ini sebagai tema majlis perkahwinan mereka tapi
ianya tak pernah lapuk selagi kisah dongeng ini masih diperdengarkan..
Pejamkan mata dan apa yang hadir di minda anda bila anda
memikirkan tentang Cinderella? Istana, Kasut kaca, Cinderella bridal coach,
Putera Raja yang handsome, Tongkat sakti..Emm…Betul kan? Dengan sedikit
planning dan research, impian dan angan-angan anda pasti akan terlaksana.
Bermula dengan wedding card..imej dan mesej pada card
tersebut mestilah selari dengan tema pilihan anda. Warna-warna pastel, putih
adalah warna yang sangat sesuai untuk tema ini..
Wedding gown adalah sesuatu yang harus diberikan keutamaan.. luang lebih masa untuk mencari gown yang sesuai dengan anda dan tema pilihan. Jika anda rasa gown yang besar dan kembang kurang sesuai dengan diri anda..tak salah untuk masukkan sedikit elemen traditional dalam gown pengantin tersebut tapi jangan keterlaluan nanti lari tema pulak.
Dewan atau garden can be transformed into a dreamy
Cinderella theme dengan dekorasi-dekorasi seperti silver stars,candles, riben,
burung, pearls,Fairy lights, bunga-bunga dengan warna pastel and of course, a
red carpet.
Meja makan juga harus diberi keutamaan, centre piece seperti
bunga dalam pumpkin or carriage yang dihias dengan bunga mampu memberi mood
kepada guests yang hadir. Jangan lupa letakkan sekali door gift di atas meja. Tak
lupa juga dengan hiasan arch and aisle flower. If possible minta caterer anda
untuk ukirkan coach or glass slipper ice sculpture untuk di letakkan di meja
buffet atau hampir dengan meja kek.
Kalau anda mampu sewa je kereta kuda sebagai kenderaan untuk pengantin. Mesti lagi menarik dan betul-betul rasa seperti Cinderella kan.
Kek jangan pulak lupa, dah jadi kemestian dalam setiap
majlis perkahwinan pasti ada kek. Make
sure kek anda juga mengikut tema, tapi sekiranya anda suka kan sesuatu yang
lebih simple cukup sekadar kek fondant putih dengan sedikit hiasan riben. Lebih
tinggi lebih gah.
Semoga dengan sedikit tips dari kami ini dapat membantu anda
dalam merancang perkahwinan impian anda. Sekiranya anda perlukan bantuan untuk
menguruskan majlis anda call or email je kepada kami.
No comments:
Post a Comment