Sunday, 21 August 2011

Biskut butang

Kalau ada yang masih ingat biskut yang bulat2 atas nya ada icing berbentuk bunga rose yang mempunyai pelbagai warna. saya tak pasti nama sebenar biskut tersebut, tapi kerana rupa nya yang kecil dan comel seakan akan butang baju jadi saya gelarkan nya biskut butang..
Biskut yang menjadi kegemaran saya zaman kecil2 dulu..Saya masih lagi ingat setiap kali ke kedai runcit bersama mak biskut tu lah yang saya minta mak belikan..leka bila makan biskut tu. Biskut yang meninggalkan banyak nostalgia zaman kecil saya.

Hari tu bila terpandang kembali biskut tersebut, terdetik di fikiran, kenapa biskut yang comel dan cantik ini tak di jadikan sebagai door gift untuk majlis perkahwinan..pasti ramai yang teruja dan pasti ada yg terimbau kembali zaman kecil mereka.
Masukkan biskut dalam botol yang kecil, hiaskan botol dengan riben dan tampal je sticker gambar anda atau kata-kata ucapan terima kasih untuk tetamu..cute kan




No comments:

Post a Comment