Sunday 24 June 2012

Gubahan Bunga

Hi All,
Ni gubahan bunga kami yang terbaru..sedikit berlainan dari kebiasaan. Sesuai untuk majlis-majlis keramaian atau hiasan rumah.





Read more...

Saturday 16 June 2012

DIY

Hi All,
Hari cuti ni free sikit.... tu yang rajin korek balik botol-botol kosong yang I dah lama simpan, boleh  recycle dan dengan sedikit kreativiti, botol-botol yang kosong tu boleh digunakan balik. I just hiaskan dengan sedikit riben dan kain..tadaaa..dah jadi. 
Botol ni boleh dijadikan sebagai hadiah or untuk simpan barang-barang yang comel. Sesuai sangat jadikan sebagai door gift untuk birthday party for kids, M sure diaorang akan Happy. 

Kalau u all berminat boleh email I. I jual murah je. Semua different-different designs...exclusive. I akan come out with more designs specially untuk dijadikan door gift for weddings.





Read more...

Thursday 14 June 2012

Pakej Kawin Airis


Read more...

Wednesday 6 June 2012

Cinderella Theme

The other day ada client yang enquiry untuk majlis kahwin fairy tale tema Cinderella, Saya sedikit teruja dan tak sabar untuk plan majlis perkahwinan seperti ini, walaupun ianya bukan sesuatu yang baru, dan dah ramai pasangan yang memilih tema ini sebagai tema majlis perkahwinan mereka tapi ianya tak pernah lapuk selagi kisah dongeng ini masih diperdengarkan..
Pejamkan mata dan apa yang hadir di minda anda bila anda memikirkan tentang Cinderella? Istana, Kasut kaca, Cinderella bridal coach, Putera Raja yang handsome, Tongkat sakti..Emm…Betul kan? Dengan sedikit planning dan research, impian dan angan-angan anda pasti akan terlaksana.
Bermula dengan wedding card..imej dan mesej pada card tersebut mestilah selari dengan tema pilihan anda. Warna-warna pastel, putih adalah warna yang sangat sesuai untuk tema ini..






Wedding gown adalah sesuatu yang harus diberikan keutamaan.. luang lebih masa untuk mencari gown yang sesuai dengan anda dan tema pilihan. Jika anda rasa gown yang besar dan kembang kurang sesuai dengan diri anda..tak salah untuk masukkan sedikit elemen traditional dalam gown pengantin tersebut tapi jangan keterlaluan nanti lari tema pulak.


Dewan atau garden can be transformed into a dreamy Cinderella theme dengan dekorasi-dekorasi seperti silver stars,candles, riben, burung, pearls,Fairy lights, bunga-bunga dengan warna pastel and of course, a red carpet.


Meja makan juga harus diberi keutamaan, centre piece seperti bunga dalam pumpkin or carriage yang dihias dengan bunga mampu memberi mood kepada guests yang hadir. Jangan lupa letakkan sekali door gift di atas meja. Tak lupa juga dengan hiasan arch and aisle flower. If possible minta caterer anda untuk ukirkan coach or glass slipper ice sculpture untuk di letakkan di meja buffet atau hampir dengan meja kek.




Kalau anda mampu sewa je kereta kuda sebagai kenderaan untuk pengantin. Mesti lagi menarik dan betul-betul rasa seperti Cinderella kan.

Kek jangan pulak lupa, dah jadi kemestian dalam setiap majlis perkahwinan pasti ada kek.  Make sure kek anda juga mengikut tema, tapi sekiranya anda suka kan sesuatu yang lebih simple cukup sekadar kek fondant putih dengan sedikit hiasan riben. Lebih tinggi lebih gah.

Semoga dengan sedikit tips dari kami ini dapat membantu anda dalam merancang perkahwinan impian anda. Sekiranya anda perlukan bantuan untuk menguruskan majlis anda call or email je kepada kami.


Read more...