Sunday 5 May 2013

Nukilan rasa..PRU13

Melihat keputusan PRU semalam, membuat saya terfikir mampukah Malaysia terus kekal aman dan merdeka..ada baur2 perpecahan dan perkauman dikalangan kita. Apa akan jadi pada Malaysia di masa hadapan? Adakah kami bangsa2 melayu dapat bergerak bebas seperti sekarang..punyai peluang meraih kejayaan dan kekayaan di negara yang bertuah ini. 

Membaca luahan kesedihan Tun Mahathir melihat bangsa Melayu semakin lupa dan berpecah ..membuatkan saya lebih takut dan risau. Apakah akan berlaku kemusnahan dek kebodohan bangsa sendiri..mampu kah bangsa kita bangkit semula dan sedar bahawa jika kita terus terusan berpecah dan bermusuhan sesama sendiri kita akan hancur dan negara yang bebas ini tidak akan aman dan merdeka lagi. 
Saya mungkin tidak merasai keperitan dan kesengsaraan bangsa kita sebelum merdeka tapi saya tak ingin dan tak mahu negara saya yang tercinta ini kembali ke zaman itu.
Sedarlah wahai saudaraku-saudaraku..jika kita sendiri tidak membantu saudara kita ..siapa lah lagi? Jangan kerana perbedaan fahaman politik merosak kan keamanan yang telah tercipta. 

Saya turut merasai kesusahan bersaing dengan bangsa lain tapi itu tidak mematahkan semangat saya untuk terus berusaha. Belajar lah bagaimana bangsa lain maju, cemburu dengan kejayaan mereka secara positif bersaing lah dengan sihat..saya yakin berkat kesabaran dan kesungguhan..Insyaallah apa yang saya impikan akan tercapai. Yang pasti saya ingin melihat bangsa saya maju kehadapan mengatasi bangsa lain. Semoga apa yang kita hajati dan impikan akan tercapai seiring dengan kemajuan dan keamanan Malaysia.

Lima tahun lagi.., berpeluangkah lagi saya untuk menjalankan kewajipan saya sebagai rakyat Malaysia untuk memilih kerajaan sendiri..akan terus kekal aman kah Malaysia? 


 

Read more...