Hi all,
Day 1
Ni kali kedua I menjejakkan kaki di sini, masa first time pergi banyak tempat I tak dapat nak cover tapi this time memang nak pergi sebanyak tempat yang boleh. Cecah je bumi Bali.. perut dah berbunyi minta diisi..kebetulan driver kami,
Pak Saidi seorang muslim, apa lagi makan lah. Pak Saidi bawa kami ke sebuah
restoran halal yang menjual ayam presto…I rasa ayam yang dimasak menggunakan
pressure cooker, tulang-tulang dia lembut macam isi nya jugak. Yummmyyyyy..
sedap sangat. Kami makan ayam presto telur asin and ayam pedas. Unik and memang
best!! Rasa macam dalam rancangan Jalan-Jalan Cari Makan lak..hehehe..Sesiapa
yang datang Bali, kena try ni..kalau tak memang rugi. Kat Malaysia I belum
pernah jumpa lagi.
Perut dah
kenyang mata pun makin berat, kami terus ke Kokonut Suite, nice hotel.. bilik
pun besar siap ada kitchen yang lengkap dengan barang-barang dapur.. Tapi
perkara pertama yang kitaorg buat…terus landing kat atas sofa and
zzzzzzzzzzzzz. Malam tu we all just jalan-jalan kat area hotel. Hotel ni
berdekatan dengan K-Mart dan kedai-kedai runcit yang lain so senang, ada pasar
jugak kat area situ, and a few of kedai jual barang-barang deco. Satu lagi yang
menariknya tengah I jalan-jalan kat sekitar kawasan hotel tu ada bendang kecil
diantara kedai-kedai tu..diaorang ni sesuka hati nak tanam padi..he. For me hotel
ni cukup relax dan romantic gak. So untuk couple..yes..yes for this hotel.
Day 2
Pagi celik mata,
perut dah lapo. Breakfast kami simple je.. bekalan dari Malaysia, ada
tuna,sambal ikan bilis and biskut-biskut..nak jimat kan.
Seperti yang
telah dijanjikan Pak Saidi sampai tepat pukul 11.00 untuk half day tour.
Destinasi pertama kami tengah hari tu ke Sports Water beach, banyak jugak
aktiviti air yang ada..harganya boleh tahan, I rasa mungkin sebab tempat tu
tempat tourist harganya agak tinggi so
setelah fikir punya fikir kami memilih untuk ke Turtle Island, kami menaiki bot
lebih kurang 20 minit untuk sampai ke sana. Turtle dia cute sangat, ada yang besar ada
yang masih baby..comel sangat. Selain daripada turtle ada jugak binatang lain
macam ular, kelawar and monyet. Interesting place lah..sebab kita bebas untuk
berada dekat dengan binatang-binatang tu semua.
Dah puas main
dengan binatang kami ke cultural place pulak kalau tak silap nama tempat tu
Geweka..lebih kurang macam tulah bunyi dia. Tempat tu menjadi tempat di mana acara-acara
besar seperti konsert di adakan. I a bit teruja bila melihat statue Shiva yang
diperbuat daripada bronze keseluruhannya tapi masih lagi belum complete, semua
anggota badan nya masih belum disambung,
sebahagian badan nya pula di tempatkan di sebuah tempat yang agak tinggi
di mana kami boleh melihat permandangan
Bali yang cukup indah. Menurut Pak Saidi patung tersebut di buat di Bandung,
katanya dah 10 tahun patung tu berkeadaan begitu. Kesian patung tu terpisah
dengan anggota badannya yang lain. Tapi I sempat jugak melihat replika kecil
patung Shiva yang sempurna, emmm..
Sempat jugak
kami menyaksikan tarian Barong yang terdiri dari penari-penari yang memakai
costume yang agak ganjil dan menakutkan,
kalau jenis yang tak kuat semangat tu boleh mimpi ngeri di buatnya. I tanya Pak
Saidi maksud tarian tersebut, katanya agak complicated untuk menceritakan
keseluruhan cerita tersebut tapi secara ringkas nya kebaikan melawan kejahatan.
Habis di sana
kami langsung ke Uluwatu untuk melihat sunset dan juga tarian kecak. Apa yang I
boleh katakan tentang tempat ni.. Menakjubkan. Betapa besar nya kebesaran Allah
tu kan, mencipta tempat yang cukup indah. Tapi berjalan di tempat ini kena extra
careful sebab ada banyak sangat monyet. I takut jugak lah, buat nya dia terkam
tak pasal-pasal jadi mangsa kerakusan monyet..huhuhu yang menarik nya tentang
monyet-monyet ni tangan diaorg cepat je mencuri barang-barang pengunjung tapi
barang yang dicuri akan dipulangkan kembali dengan syarat ada habuan makanan
untuk mereka..cute kan? Yang ni monyet pergi sekolah.
Pukul 6.00 kami
terus ke kawasan dimana tarian kecak di adakan, tarian ini dipanggil kecak
dance kerana tarian ini tidak mengguna sebarang alat muzik hanya alunan suara
‘kecak-kecak’ sampai lah habis dance. Kalau I yang dok kecak-kecak dekat 2 jam
tu, agaknya dah hilang suara. I rasa ia lebih kepada pemujaan dan meceritakan
tentang kisah Rama & Sita. Kisah dewa-dewa mereka. Oleh kerana tempat dia
agak tinggi dan terbuka kami juga dapat melihat sunset di kawasan yang sama.
Dah tengok dance..perut pun turut dance kat dalam. Kami ke jimbaran, tempat
yang terkenal dengan makanan seafood nya, yang terletak dipersisiran pantai. The
Best!
Day 3
Hari terakhir
kami di sini, Kami di bawa ke tempat kraftangan..banyak hasil-hasil seni
kreatif rakyat tempatan di sini..i lupa nak tangkap gambar lah. Tapi yang pasti
nya sempat gak lah I grab 9 bakul untuk buat hantaran, buat stock untuk future
client. Lama jugak I kat sini, rambang mata di buat nya, tapi menahan diri
untuk membeli..fikirkan nak bawa balik nanti payah. Dah puas shopping, kami ke
Tanah Lot.
Sampai je,
deretan kedai-kedai menjual souvenier menanti, rambang mata jugaklah dibuat
nya, tapi yang membuat mata I terpaku ialah sebuah pura(kuil) yang berada di
atas bukit sederhana tinggi yang terletak di pantai tersebut..oleh kerana air
laut surut kami berpeluang untuk berjalan-jalan sekeliling pura tu, yang
menariknya setiap kali air pasang kawasan pura itu akan ditenggelami air, dan
pura itu kelihatan terapung di atas laut. Cantik sangat!
Selamat Tinggal
Bali…I akan kembali, Insyaallah…
Read more...