Ni salah satu cara untuk berjimat.. 'DIY' Do it yourself atau dalam bahasa nya 'Buat Sendiri'... Banyak benda kita boleh buat sendiri dan kalau di kira kira balik mungkin kos nya lebih murah berbanding beli di luar. Untuk pasangan yang banyak masa mungkin boleh mengambil cara ini untuk berjimat tapi kalau tarikh perkahwinan singkat jangan lah gatal-gatal tangan nak buat sendiri, tak digalak kan langsung! nanti tak sempat siap satu hal pulak.
Macam door gift tu tak payah pening-pening kepala nak bagi apa..campak je cookies seketul besar atau cookies kecil-kecil dalam 5 biji dalam paper bag. Abis cerita. Tak pun kalau nak traditional sangat letak lah kueh mueh buat kecil-kecil size kueh tu. Kek & coklat pun idea yang bagus jugak.
Makanan is the best door gift untuk tetamu sebab dah banyak kali i pergi majlis kahwin, orang bagi cawan lah, calendar lah, sudu garpu lah, siap tempek muka pengantin kat door gift tu lagi..aleh-aleh ke tong sampah jugak tempat nya. Pastikan apa yang kita beri tu practical, tapi kalau nak jugak bagi benda-benda macam tu make sure benda-benda tu memang exclusive, barang yang agak-agak boleh pakai hari-hari atau boleh display dalam almari pinggan mangkuk kita.
No comments:
Post a Comment