Sunday 22 December 2013

Wedding Door Gift: Paper Box with Lavender

Product Description

Box Size: Length: 10.5cm x Width: 8cm x Height: 4.6cm


Box Colours including pink, purple, gold and red.







Read more...

Wedding Door Gift: Turquoise Green Box

Box Size: Length: 6.5cm x Width: 6.5cm x Height: 4.2cm
Box Colour: Blue, Turquise Green




Read more...

Thursday 19 December 2013

Bali Destinasi Honeymoon...

Hi all,
Day 1
Ni kali kedua I menjejakkan kaki di sini, masa first time pergi banyak tempat I tak dapat nak cover tapi this time memang nak pergi sebanyak tempat yang boleh. Cecah je bumi Bali.. perut dah berbunyi minta diisi..kebetulan driver kami, Pak Saidi seorang muslim, apa lagi makan lah. Pak Saidi bawa kami ke sebuah restoran halal yang menjual ayam presto…I rasa ayam yang dimasak menggunakan pressure cooker, tulang-tulang dia lembut macam isi nya jugak. Yummmyyyyy.. sedap sangat. Kami makan ayam presto telur asin and ayam pedas. Unik and memang best!! Rasa macam dalam rancangan Jalan-Jalan Cari Makan lak..hehehe..Sesiapa yang datang Bali, kena try ni..kalau tak memang rugi. Kat Malaysia I belum pernah jumpa lagi.    
Perut dah kenyang mata pun makin berat, kami terus ke Kokonut Suite, nice hotel.. bilik pun besar siap ada kitchen yang lengkap dengan barang-barang dapur.. Tapi perkara pertama yang kitaorg buat…terus landing kat atas sofa and zzzzzzzzzzzzz. Malam tu we all just jalan-jalan kat area hotel. Hotel ni berdekatan dengan K-Mart dan kedai-kedai runcit yang lain so senang, ada pasar jugak kat area situ, and a few of kedai jual barang-barang deco. Satu lagi yang menariknya tengah I jalan-jalan kat sekitar kawasan hotel tu ada bendang kecil diantara kedai-kedai tu..diaorang ni sesuka hati nak tanam padi..he. For me hotel ni cukup relax dan romantic gak. So untuk couple..yes..yes for this hotel.




















Day 2
Pagi celik mata, perut dah lapo. Breakfast kami simple je.. bekalan dari Malaysia, ada tuna,sambal ikan bilis and biskut-biskut..nak jimat kan.
Seperti yang telah dijanjikan Pak Saidi sampai tepat pukul 11.00 untuk half day tour. Destinasi pertama kami tengah hari tu ke Sports Water beach, banyak jugak aktiviti air yang ada..harganya boleh tahan, I rasa mungkin sebab tempat tu tempat tourist harganya  agak tinggi so setelah fikir punya fikir kami memilih untuk ke Turtle Island, kami menaiki bot lebih kurang 20 minit untuk sampai ke sana.  Turtle dia cute sangat, ada yang besar ada yang masih baby..comel sangat. Selain daripada turtle ada jugak binatang lain macam ular, kelawar and monyet. Interesting place lah..sebab kita bebas untuk berada dekat dengan binatang-binatang tu semua.















Dah puas main dengan binatang kami ke cultural place pulak kalau tak silap nama tempat tu Geweka..lebih kurang macam tulah bunyi dia. Tempat tu menjadi tempat di mana acara-acara besar seperti konsert di adakan. I a bit teruja bila melihat statue Shiva yang diperbuat daripada bronze keseluruhannya tapi masih lagi belum complete, semua anggota badan nya masih belum disambung,  sebahagian badan nya pula di tempatkan di sebuah tempat yang agak tinggi di mana kami boleh melihat  permandangan Bali yang cukup indah. Menurut Pak Saidi patung tersebut di buat di Bandung, katanya dah 10 tahun patung tu berkeadaan begitu. Kesian patung tu terpisah dengan anggota badannya yang lain. Tapi I sempat jugak melihat replika kecil patung Shiva yang sempurna, emmm..    
Sempat jugak kami menyaksikan tarian Barong yang terdiri dari penari-penari yang memakai costume yang agak ganjil dan  menakutkan, kalau jenis yang tak kuat semangat tu boleh mimpi ngeri di buatnya. I tanya Pak Saidi maksud tarian tersebut, katanya agak complicated untuk menceritakan keseluruhan cerita tersebut tapi secara ringkas nya kebaikan melawan kejahatan.  

















Habis di sana kami langsung ke Uluwatu untuk melihat sunset dan juga tarian kecak. Apa yang I boleh katakan tentang tempat ni.. Menakjubkan. Betapa besar nya kebesaran Allah tu kan, mencipta tempat yang cukup indah. Tapi berjalan di tempat ini kena extra careful sebab ada banyak sangat monyet. I takut jugak lah, buat nya dia terkam tak pasal-pasal jadi mangsa kerakusan monyet..huhuhu yang menarik nya tentang monyet-monyet ni tangan diaorg cepat je mencuri barang-barang pengunjung tapi barang yang dicuri akan dipulangkan kembali dengan syarat ada habuan makanan untuk mereka..cute kan? Yang ni monyet pergi sekolah.
Pukul 6.00 kami terus ke kawasan dimana tarian kecak di adakan, tarian ini dipanggil kecak dance kerana tarian ini tidak mengguna sebarang alat muzik hanya alunan suara ‘kecak-kecak’ sampai lah habis dance. Kalau I yang dok kecak-kecak dekat 2 jam tu, agaknya dah hilang suara. I rasa ia lebih kepada pemujaan dan meceritakan tentang kisah Rama & Sita. Kisah dewa-dewa mereka. Oleh kerana tempat dia agak tinggi dan terbuka kami juga dapat melihat sunset di kawasan yang sama. Dah tengok dance..perut pun turut dance kat dalam. Kami ke jimbaran, tempat yang terkenal dengan makanan seafood nya, yang terletak dipersisiran pantai. The Best!
































Day 3  
Hari terakhir kami di sini, Kami di bawa ke tempat kraftangan..banyak hasil-hasil seni kreatif rakyat tempatan di sini..i lupa nak tangkap gambar lah. Tapi yang pasti nya sempat gak lah I grab 9 bakul untuk buat hantaran, buat stock untuk future client. Lama jugak I kat sini, rambang mata di buat nya, tapi menahan diri untuk membeli..fikirkan nak bawa balik nanti payah. Dah puas shopping, kami ke Tanah Lot.
Sampai je, deretan kedai-kedai menjual souvenier menanti, rambang mata jugaklah dibuat nya, tapi yang membuat mata I terpaku ialah sebuah pura(kuil) yang berada di atas bukit sederhana tinggi yang terletak di pantai tersebut..oleh kerana air laut surut kami berpeluang untuk berjalan-jalan sekeliling pura tu, yang menariknya setiap kali air pasang kawasan pura itu akan ditenggelami air, dan pura itu kelihatan terapung di atas laut. Cantik sangat!
Selamat Tinggal Bali…I akan kembali, Insyaallah…  

Read more...

Wedding Door Gift : Bird Cage

Product Description
Size : Length: 7cmx Width: 7cm x Height: 10cm

Pilihan warna bunga deco yang pelbagai, sesuai untuk candy, coklat, cookies dan sebagainya. 











Read more...

Tuesday 17 December 2013

Apa yang anda tidak tahu tentang Wedding Bouquets...

I baca satu article ni and I find it very interesting..I’m sure  u all pun pernah terfikir, ‘ why does the bride carry a  bouquet? Walaupun the origin of this tradition is a little blurred.. tapi one of the reasons that brides carried bouquets kerana keperluan untuk menutup atau menghilangkan bau badan dan untuk berbau harum on that special day. Orang zaman-zaman dulu jarang mandi, Masa abad ke 15 dulu mereka hanya mandi sekali dalam setahun iaitu pada bulan May and generally diaorang akan kawin pada bulan June dan untuk mengelak kan bau badan, mereka akan memegang bunga di hari perkahwinan so bau badan tu tak lah menyusup kat rongga-rongga hidung pengantin lelaki atau tetamu kan..

Ada lagi satu kepercayaan membawa bouquet adalah untuk menjauhkan evil spirits dari terkena pengantin tapi bouquet ini di buat dari daun-daun herba  dan mungkin juga bawang putih. Interesting kan?  
Zaman sekarang hand bouquet hanya untuk penyeri pengantin jadi pelengkap baju kita yang glamour. Zaman kita pengantin mandi berkali-kali siap mandi bunga lah ..mandi susu lah..sental sana, sental sini tak wangi juga tak tahulah kan..

Apa pun without hand bouquet tak lengkap baju kita..tak glamour lah nanti..tak boleh nak baling-baling untuk orang lain sambut pulak ..

Kalau ada sesiapa yang nak order hand bouquet boleh hubungi kami....kami berikan yang terbaik ..














Read more...

Monday 16 December 2013

Wedding Door Gift: Candy Box with Deco


Product Description
Box Size:Length: 6.5cm x Width: 6.5cm x Height: 3.8cm
Box Colour: Red, Gold, Pink, Purple, Royal Blue, White, Cream, Yellow








Read more...